SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI BAHAGIAN KAMPUNG BARU CINA

FAQ BM | CONTACT BM| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
bersama hentikan wabak
Laman Utama Arrow Info Korporat Arrow Latar Belakang BKBC

Pengenalan

Kampung-kampung Baru merupakan penempatan manusia yang diwujudkan semasa zaman darurat di mana ia merupakan satu strategi ketenteraan di bawah Rancangan Briggs (1948-1960) bagi mengatasi ancaman pengganas komunis pada ketika itu. Keadaan ini telah menyebabkan kawasan kampung ditubuhkan tanpa perancangan dan secara tergesa-gesa kerana penduduk-penduduk di kawasan terpencil atau kawasan yang berada dalam ancaman komunis dipindahkan ke suatu kawasan baru. Ini secara tidak langsung mengakibatkan pelbagai masalah timbul di mana infrastruktur asas seperti jalan dan longkang berada dalam keadaan daif dan sangat tidak sempurna.

Menyedari hakikat ini, Kerajaan telah menubuhkan Bahagian Kemajuan Perkampungan untuk bertanggungjawab dalam pembangunan Kampung Baru. Dalam usaha untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk di Kampung-kampung Baru, Kerajaan pada tahun 1986 telah menaik taraf pembangunan Kampung Baru daripada aktiviti kecil kepada satu program yang berasingan.

Pada tahun 1989, Bahagian Kemajuan Perkampungan dipindah dan diletakkan di bawah Bahagian Kerajaan Tempatan memandangkan tugas-tugas dan tanggungjawab Bahagian ini mempunyai hubungan baik secara langsung atau tidak langsung dengan kerajaan tempatan. Bahagian Kemajuan Perkampungan telah distruktur semula dan diubah nama kepada Bahagian Kampung Baru pada tahun 2007 sebelum dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri berkuat kuasa 7hb Julai 2014 atas kepentingan umum. Berikutan pembentukan Kerajaan baharu, Bahagian Kampung Baru telah dipindah semula dan diletakkan semula di bawah seliaan Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Bahagian Kampung Baru Cina telah dipindahkan fungsi dan peranannya dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) ke Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berkuatkuasa 1hb Januari 2022. Bahagian Kampung Baru Cina kini merupakan salah satu Bahagian di bawah Kementerian Perpaduan Negara dengan kekuatan sebanyak 33 jawatan dan mempunyai 2 unit iaitu Unit Pembangunan Sosial dan Unit Pembangunan Fizikal.

Sejarah Kampung Baru

Terma Kampung Baru merujuk kepada kampung-kampung yang diwujudkan semasa darurat di mana ia merupakan satu strategi ketenteraan di bawah Rancangan Briggs (1948-1960) bagi mengatasi ancaman pengganas komunis pada ketika itu. Dalam tempoh tersebut, sebanyak 382 buah Kampung Baru telah diwujudkan manakala 48 buah kampung yang sedia ada telah diserap masuk ke dalam Rancangan ini.

Jumlah Kampung Baru ini telah berubah mengikut peredaran masa daripada 480 buah kampung yang direkodkan pada tahun 1954 kepada 450 buah kampung pada tahun 2005. Pada tahun 2009, sebanyak 113 Kampung Baru Rangkaian dan 44 buah Kampung Bagan telah dimasukkan ke dalam senarai Kampung Baru menjadikan jumlah Kampung Baru di Semenanjung Malaysia sebanyak 607 buah. Pada tahun 2015, senarai Kampung Baru telah dibuat pengemaskinian dan hasil semakan dan penyelarasan semula mendapati jumlah kampung adalah sebanyak 613 buah di mana 436 buah adalah Kampung Baru, 134 buah adalah Kampung Baru Rangkaian dan 43 buah adalah Kampung Bagan.

Kampung Baru merupakan penempatan manusia yang diwujudkan semasa zaman darurat untuk mengatasi ancaman komunis. Kampung Baru Rangkaian merupakan penempatan masyarakat Cina di pinggir atau di luar kawasan operasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Kampung Bagan merupakan kampung nelayan yang kebanyakan penduduknya terdiri daripada masyarakat Cina di mana kehidupannya bergantung kepada tangkapan ikan di laut.

 

Perincian Kampung Baru

Perincian mengenai kampung-kampung baru yang kini berada di bawah seliaan Bahagian Kampung Baru Cina, Kementerian Perpaduan Negara:

 Bil.  Jenis Kampung  Perkara Jumlah 
1. Kampung Baru Kampung yang diwujudkan semasa darurat di mana ia merupakan strategi ketenteraan di bawah Rancangan Briggs (1948-1960) bagi mengatasi pengganas komunis pada ketika itu.  436
2. Kampung Baru Rangkaian Kampung yang merupakan penempatan masyarakat Cina di pinggir bandar.  134
3. Kampung Bagan Kampung nelayan di mana kebanyakan penduduknya terdiri daripada masyarakat Cina.  43
Jumlah    613

 

 

 

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI

BAHAGIAN KAMPUNG BARU CINA
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 28, No.51, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya.

+603-8891 3158
 kgbaru[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

Your browser doesn't support canvas.

KOD QR

qr

fb rss
Undian
Adakah infomasi di dalam Portal Bahagian Kampung Baru Cina (BKBC) memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?