Pelaksanaan Aktiviti Geran JPKK

  1. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 Jun 2018 telah bersetuju bahawa setiap kampung diberi geran untuk memperkasa kembali bottom-up planning di mana masyarakat kampung dapat mencetuskan idea sendiri, merancang dan bertindak berasaskan keupayaan kampung sendiri.
  2. Geran turut bertujuan meningkatkan keupayaan JPKK/JPKKP dalam melaksanakan program berbentuk kemasyarakatan yang berkualiti di samping meringankan beban perbelanjaan program kemasyarakatan yang perlu ditanggung oleh JPKK/JPKKP.
  3. Sebagai usaha untuk memberdaya komuniti setempat, program-program seperti berikut boleh dipertimbangkan:
  • program yang dapat meningkatkan keusahawan dan aktiviti pembangunan ekonomi setempat;
  • program yang mempromosikan ciri-ciri keistimewaan dan kawasan pelancongan di kampung;
  • program berbentuk gotong-royong bagi menyelenggara dan membersihkan kawasan setempat;
  • program yang dapat memupuk semangat kecintaan kepada negara dan bangsa;
  • program yang memberikan manfaat dan impak kepada pemberdayaan wanita;
  • program yang berkaitan dengan alam sekitar; dan
  • program berbentuk pendidikan bagi meningkatkan ilmu pengetahuan komuniti kampung.

KAEDAH PERMOHONAN

  • JPKK yang ingin memohon geran untuk melaksanakan program perlu mengemukakan borang permohonan melalui PKP masing-masing.
  • Tatacara dan Borang permohonan geran boleh diperolehi daripada PKP (Mohon rujuk direktori PKP untuk mendapatkan talian komunikasi PKP mengikut daerah dan negeri masing-masing).